Gua

Monday, March 19, 2012

Panduan Membeli dan Menggunakan Motorsikal Singapura di Malaysia

Sebenarnye agak ramai orang yang ragu ragu dan juga tertanya tanya tentang proses ini. Legal ke guna moto singapore kat Malaysia ? Roadtax macam mana ? Insurance ? Kene beli kat Singapore ke? dan berpuluh puluh soalan lagi.

Meh gua kongsikan sikit info pasal "Panduan Membeli dan Menggunakan Motorsikal Singapura di Malaysia"

Honda CB 400
.



Yamaha YZF 1000 R1
Ducati Vyper
Suzuki GSXR 600

PROSEDUR MEMANDU MASUK KENDERAAN DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA

Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut.
  2. Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import.
  3. Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan di Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.
  4. Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.

0 comments:

    • Categories
    • Archives