Gua

Tuesday, March 20, 2012

Asal Usul Kad Merah dan Kuning Dalam Bola Sepak

 Sebagai seorang yang tidak berapa hardcore bola sepak, kadang kadang gua terlayan jugak game bola ni. Tapi di sebabkan x berapa kenal player dan team, gua seringkali mengajukan soalan soalan lazim secara rambang supaya mereka yang betul2 layan bola dgn gua masa tu, x berape bosan.

Soalan rambang gua pada kali ini ialah : Macam Mana Asal Usul Kad Merah dan Kuning Dalam Bola Sepak ?



Adakah kad kuning dan merah telah digunakan sejak bola sepak diperkenalkan?Kad kuning dan merah ini hanya di perkenalkan hanya pada piala dunia tahun 1970 tetapi inspirasinya bermula pada piala dunia tahun 1966 ketika pertemuan England bertemu Argentina pada peringkat suku akhir.

Pengadil perlawanan ketika itu Rudolf Kreitlein yang berasal daripada German telah mengadili perlawanan itu telah memberikan arah kepada kapten Argentina untuk keluar padang tetapi kerana tidak faham bahasa dia tidak mengendahkannya sehingga seorang pengadil bertugas yang berbangsa Inggeris Ken Aston yang pandai berbahasa Sepanyol telah menyuruh kapten Argentina itu keluar padang.


Rudolf Kreitlein

Kerana kesulitan ini telah memberi idea kepada Ken Aston mencari idea bagaimana mengatasi masalah komunikasi dan idea itu muncul apabila dia melihat TRAFIC LIGHT dan dia telah mengutarakan idea itu kepada FIFA.

Pada piala dunia 1970 pertama kalinya kad kuning dan kad merah di gunakan tapi hanya satu kad kuning yang di keluarkan serta tidak ada kad merah yang diberikan.Walaupun idea ini datang daripada seorang pengadil yang berbangsa Inggeris tetapi dalam LIGA INGGERIS hanya digunakan pada tahun 1976.
Idea ini telah di ikuti oleh sukan lain seperti hoki yang menggunakan tiga warna kad iaitu hjau, kuning dan merah.

Ken Aston

0 comments:

    • Categories
    • Archives