Gua

Thursday, March 29, 2012

Botak Chin : Untold Story



Bila sebut Botak Chin, semua orang kenal. Tapi masih ada lagi cerita yang segelintir orang tidak tahu. Tahukah anda Botak Chin sebenarnya tidak berkepala botak ?

Nama Botak Chin itu sebenarnya gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( China ) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.


Memetik penulisan Tan Sri Sanusi Junid, bekas Timbalan Menteri Keselamatan ketika era kegemilangan Botak Chin :



Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan telah berlaku pada 11 Jun, 1981 apabila Botak Chin telah merusuh, dan memukul warden, di dalam Penjara Pudu. Sekali lagi saya diarah oleh Tun Ghazali untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya kita perlu memahami erti nama Botak Chin. Di bangunan ‘Rumah Akhir’ Penjara Pudu ada 6 buah bilik menunggu bagi banduan yang telah dijatuhkan hukuman gantung dan rayuan ampun telah ditolak oleh Sultan atau YDP Agong. Di dalam Penjara Pudu di waktu itu ada kira-kira 36 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati walaupun di peringkat mahkamah yang berbeza-beza atau sedang menunggu rayuan pengampunan.

Dari antara banduan yang sudah menjalani hukuman yang cukup lama, dan menunggu waktu yang tidak lama lagi untuk dibebaskan, pihak penjara, pada waktu itu, telah memberi sedikit kelonggaran dan sering diberi tugas sebagai mata-mata kerajaan. Dari sumber maklumat ini pihak penjara mendapat tahu Botak Chin sedang membuat persiapan untuk meletupkan Penjara Pudu dan lari keluar. Botak Chin telah mengumpul sedikit demi sedikit bahan-bahan letupan, seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur, oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Apabila mata-mata penjara melaporkan perkara ini kepada warden maka pihak warden telah menyerbu tandas berkenaan. Dalam mempertahankan hartanya yang terkumpul itu Botak Chin telah memukul warden dan rusuhan pun berlaku.

Bila saya sampai di penjara Botak Chin telah bertanya kepada warden siapa saya. Apabila diberitahu saya Timbalan Menteri yang mempunyai kuasa Botak Chin telah mendekati saya dan membisik rancangan untuk berpakat dengannya supaya jika dia dibebaskan maka dapatlah saya berkongsi hasil rompakannya nanti. Bila saya tersenyum Botak Chin mengubah sikap dan terus bertanya kenapa beliau tidak digantung sampai mati sebagaimana keputusan mahkamah. ‘ Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang .. apa tunggu lagi … takut kah?’ Botak Chin berlagak sombong dan marah.

PENGANYAM TIDAK SETUJU LAGI DENGAN HUKUMAN GANTUNG

Pihak Ketua Pengarah Penjara telah memberitahu kepada saya bahawa kita kekurangan tali gantung. Baki tali hanya 5 dan itu hanya boleh dipakai kalau ada kes kecemasan. Saya tanya sebabnya tidak dibeli tali tambahan supaya cukup untuk dihabiskan urusan menggantung sekitar lebih 30 orang yang rayuan pengampunannya sudah ditolak. Dalam pertemuan saya dengan penyulam tali gantung di Hay-on-Wye, di sempada England dan Wales, dan berdekatan dengan Kampung Buku yang pertama di dunia, beliau telah menyatakan tentangannya terhadap hukuman gantung, kerana ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini. Bila saya melawat Penjara Pudu, sekembali dari Britain, mencari tali, saya bertemu lagi dengan Botak Chin. Dia tanya ‘ bila mahu gantung aku?’ Saya beritahu ‘sabarlah, belum ada tali.’ Botak Chin cadangkan penjara pakai wayar untuk menggantungnya. Bila saya jelaskan bahawa tali gantung yang dicari ialah yang disalut dengan baldu supaya tidak kesakitan bila lehernya terjerut, Botak Chin tanya ‘mana lu tahu sakit kah tak sakit kah… yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’ Selepas dialog inilah pihak penjara telah menukar tali gantung dari yang bersalut baldu dengan yang dianyam dari plastik yang dipakai sekarang.

0 comments:

    • Categories
    • Archives