Gua

Saturday, October 29, 2011

Masihkah kau ingat - Bola Segitiga

Well construct triangle ball
Mungkin ada yang masih ingat, mungkin ada yang sudah lupa. Mungkin ada juga yang tak tahu ape kebendenya bola segi tiga ini. Sharing is caring. Lets share the love...

Permainan yang di beri nama "Bola Segitiga" ni amat sesuai di mainkan pada sesi petang / pagi sekolah agama. Kenapa sekolah agama ? Sebab cikgu biasanya akan masuk lambat ke dalam kelas untuk mengajar.

Jadi dalam 10 minit waktu menuggu itu bolehlah di gunakan untuk bermain Bola Segitiga. Ketua darjah dan penolong boleh tolong tulis nama pelajar bising di papan hitam ye. Mat Tamiya boleh tunggu longkang clear bile nak race.

Cara pembuatan agak mudah. Anda hanya perlukan sekeping kertas A4 yang di lipat lipat menjadi bentuk di bawah. Kebiasaanya sebiji Bola Segitiga ini dapat bertahan hingga kehujung tahun jika tiada aral melintang. Memang tahan.

"Padang" permainan ialah meja sekolah. Sila lihat gambar di bawah.

Contoh meja yang sesuai adalah dari jenis kayu chengal
Cara permainan sangat mudah. Para pemain harus duduk bertentangan mata antara satu sama lain. Kebiasaannya siapa yang duduk depan, akan terbalikkan kerusi menghadap belakang.

Pemain boleh menjentik Bola Segitiga sebanyak 3 kali dalam setiap pusingan. Objektifnya mudah : lihat rajah di bawah.

Ada nampak Bola tu terjuih sikit ?


Jika Bola Segitiga pemain dalam keadaan terjuih sedikit pada tepi meja, pemain yang tadi akan dapat peluang untuk menbuat rembatan penalti.

Pantang ajal sebelum berjuang. Yeah!! Pihak lawan boleh mempertahankan maruah diri dengan menyediakan goal beserta goal keeper sekali. Lihat lagi gambar kalau tak fasih / faham.

Posture tubuh dan lipatan jari yang sempurna untuk Goal Keeper dan Goal

Jika Bola Segitiga dapat menembusi Goal ini, pastinya satu markah di berikan kepada pihak penjaring.



Selamat mencuba !

0 comments:

    • Categories
    • Archives