Well construct triangle ball |
Permainan yang di beri nama "Bola Segitiga" ni amat sesuai di mainkan pada sesi petang / pagi sekolah agama. Kenapa sekolah agama ? Sebab cikgu biasanya akan masuk lambat ke dalam kelas untuk mengajar.
Jadi dalam 10 minit waktu menuggu itu bolehlah di gunakan untuk bermain Bola Segitiga. Ketua darjah dan penolong boleh tolong tulis nama pelajar bising di papan hitam ye. Mat Tamiya boleh tunggu longkang clear bile nak race.
Cara pembuatan agak mudah. Anda hanya perlukan sekeping kertas A4 yang di lipat lipat menjadi bentuk di bawah. Kebiasaanya sebiji Bola Segitiga ini dapat bertahan hingga kehujung tahun jika tiada aral melintang. Memang tahan.
"Padang" permainan ialah meja sekolah. Sila lihat gambar di bawah.
Contoh meja yang sesuai adalah dari jenis kayu chengal |
Pemain boleh menjentik Bola Segitiga sebanyak 3 kali dalam setiap pusingan. Objektifnya mudah : lihat rajah di bawah.
Ada nampak Bola tu terjuih sikit ? |
Jika Bola Segitiga pemain dalam keadaan terjuih sedikit pada tepi meja, pemain yang tadi akan dapat peluang untuk menbuat rembatan penalti.
Pantang ajal sebelum berjuang. Yeah!! Pihak lawan boleh mempertahankan maruah diri dengan menyediakan goal beserta goal keeper sekali. Lihat lagi gambar kalau tak fasih / faham.
Posture tubuh dan lipatan jari yang sempurna untuk Goal Keeper dan Goal |
Jika Bola Segitiga dapat menembusi Goal ini, pastinya satu markah di berikan kepada pihak penjaring.
Selamat mencuba !
0 comments:
Post a Comment