Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan...

Iphone 4s Review -Bahasa-

Memang butthurt untuk sesiapa yang baru sahaja membeli iphone4 dalam tempoh sebulan 2 ni. Iphone 4 yang di gembar gemburkan sebagai next generation phone tidak lagi menjadi next generation, tetapi last generation Iphone.

Jawatan Kosong Kerajaan 2011

Bosan dengan hasil carian google yang hanya memaparkan Jawatan Kosong kerajaan tahun yang sudah sudah ? Klik di sini untuk info yang paling update...

Gambar Dari Dalam Rahim Binatang

Sesungguhnya, ciptaan Allah itu indah. Koleksi gambar dari dalam rahim yang telah di tangkap menggunakan teknologi moden ini bukti kebesarannya.

Kereta Bernombor Pendaftaran Mewah

Bila dah pakai kereta mewah, kereta mahal, mestilah di padankan dengan no plat / no pendaftaran kenderaan yang mahal. Baru la boleh mengangkat status diri ke level yang satu lagi. Ye lah, alang alang membeli

Gua

Showing posts with label Masihkah kau ingat. Show all posts
Showing posts with label Masihkah kau ingat. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Pergi Memburu Di Kazakhstan

Ingat lagi beb mase sekolah rendah first time pegang senapang patah. Mase tu aktiviti memburu ni tak boleh bagitau kat orang tua,. Gile kau, tak pasal pasal kene pelangkung karang.

"Dari memburu, baek pegi belajr, boleh jadi pandai macam anak jiran sebelah." kata diorang.

Kalau dah semangat Conan yang mengalir dalam darah perwira ni, memang tak jalan la nasihat tu nasihat ni. Amik senapang, tembak je la itik itik yang ade. Baru puas hati aku. Syok beb, kadang kadang kalau itik takde, clay pon jadi la. Dapat tembak sekali sepuluh takde miss, memang macho la.

Tapi laen lak aku tengok kat kazakhstan ni, tak payah pakai senapang.

Pakai Helang tu beb !

Gile Kentanggggggg !



Uncle Akim dan Helang nya si Herman

Ready ready





Takpe lah, hujan emas di negeri orang. Perangai yang buruk jangan di kenang.

Baik aku sambung berburu lagi. Dapat la Highscore kali ni.

Read More

Saturday, October 29, 2011

Masihkah kau ingat - Bola Segitiga

Well construct triangle ball
Mungkin ada yang masih ingat, mungkin ada yang sudah lupa. Mungkin ada juga yang tak tahu ape kebendenya bola segi tiga ini. Sharing is caring. Lets share the love...

Permainan yang di beri nama "Bola Segitiga" ni amat sesuai di mainkan pada sesi petang / pagi sekolah agama. Kenapa sekolah agama ? Sebab cikgu biasanya akan masuk lambat ke dalam kelas untuk mengajar.

Jadi dalam 10 minit waktu menuggu itu bolehlah di gunakan untuk bermain Bola Segitiga. Ketua darjah dan penolong boleh tolong tulis nama pelajar bising di papan hitam ye. Mat Tamiya boleh tunggu longkang clear bile nak race.

Cara pembuatan agak mudah. Anda hanya perlukan sekeping kertas A4 yang di lipat lipat menjadi bentuk di bawah. Kebiasaanya sebiji Bola Segitiga ini dapat bertahan hingga kehujung tahun jika tiada aral melintang. Memang tahan.

"Padang" permainan ialah meja sekolah. Sila lihat gambar di bawah.

Contoh meja yang sesuai adalah dari jenis kayu chengal
Cara permainan sangat mudah. Para pemain harus duduk bertentangan mata antara satu sama lain. Kebiasaannya siapa yang duduk depan, akan terbalikkan kerusi menghadap belakang.

Pemain boleh menjentik Bola Segitiga sebanyak 3 kali dalam setiap pusingan. Objektifnya mudah : lihat rajah di bawah.

Ada nampak Bola tu terjuih sikit ?


Jika Bola Segitiga pemain dalam keadaan terjuih sedikit pada tepi meja, pemain yang tadi akan dapat peluang untuk menbuat rembatan penalti.

Pantang ajal sebelum berjuang. Yeah!! Pihak lawan boleh mempertahankan maruah diri dengan menyediakan goal beserta goal keeper sekali. Lihat lagi gambar kalau tak fasih / faham.

Posture tubuh dan lipatan jari yang sempurna untuk Goal Keeper dan Goal

Jika Bola Segitiga dapat menembusi Goal ini, pastinya satu markah di berikan kepada pihak penjaring.



Selamat mencuba !
Read More

Tuesday, October 18, 2011

Masihkah kau ingat - Kapal Terbang Kertas

Masihkah kau ingat masa masa kita bermain kapal terbang kertas pada waktu rehat sekolah agama ? Ingat lagikah cara cara melipat kertas dari buku tulis untuk dijadikan mainan penerbangan yang paling sophisticated pada masa itu?

Gua tampilkan rekaan rekaan yang 'sedap' kat bawah ni.

Ada sesiapa yang berani lawan ?

Grampa D














The Nakamura Lock






Read More

    • Categories
    • Archives