Gua

Tuesday, October 11, 2011

Johan 'Botak' Minat Fasha Sandha

Johan Ariff As’ari, 25, mula mendapat perhatian orang ramai selepas berlakon dalam drama Juvana. Terbaru, Johan memegang watak utama dalam drama Cinta Elysa. Turut sama memegang watak utama dalam drama itu ialah perlakon terkenal, Fasha Sandha.


Ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Fasha yang diadakan di Chinta Salon di Wangsa Maju, kemesraan Johan dan aktres tersebut jelas kelihatan.


Saling mengusik antara satu sama lain, Johan bagaimanapun dilihat tersipu-sipu malu apabila diminta bergambar secara romantis bersama kekasihnya dalam drama Cinta Elysa itu.


Tidak menyembunyikan getaran hatinya apabila bertentang mata dengan Fasha, kata Johan dia sudah lama meminati Fasha dan tidak menyangka dapat berlakon bersama dalam Cinta Elysa yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3.



“Jangan salah sangka pula, saya minat Fasha selaku seorang peminat dan dia merupakan aktres idola saya sebelum saya menjadi pelakon sehingga sekarang.


“Sebelum saya jadi pelakon, saya sering dengar daripada rakan-rakan produksi yang dia seorang pelakon yang berdedikasi dan berdisiplin. Tidak sangka pula saya cukup bertuah apabila dapat bergandingan menjadi kekasihnya dalam drama,” tutur Johan dalam tawa.



 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


MAKIN HANDSOME SI JOHAN NI KALAU ADA RAMBUT PATUTLAH SUKA JE SI FASHA.


View the original article here

0 comments:

    • Categories
    • Archives