Gua

Saturday, June 2, 2012

Borak Emas #1

Kepada sesiapa yang dah beli emas dalam masa 5 bulan ni, boleh la menarik nafas lega sebab harga emas sudah menunjukkan kearah yang lebih positif.

Dalam erti kata lain, EMAS SUDAH MAHAL KEMBALI !!!

Semasa entri ini ditulis, harga emas  USD 1629.30 seauns!



Apekejadahnya auns ni. Mari tukarkan kepada metrik !

Macam mana nak kira emas dalam ringgit malaysia ??

1 auns = 31.1 gram
USD 1629.30 = 31.1gram
USD 1629.30/31.1gram = 1 gram
USD 52.39 = 1 gram

USD 1 = RM 3.2
USD 52.39 = 1 gram = RM 167.64

Itu harga emas dunia, macam mana pulak dengan harga emas malaysia?



Gambarajah di atas ialah harga jualan dan belian salah satu pengedar emas di Malaysia.


Semalam, 1 Dinar cuma RM 698, tapi sekarang sudah RM 731.

Adakah harga emas akan naik lagi pada masa hadapan ?
Adakah sesuai untuk membeli semasa trend kenaikan ini masih baru bermula ?
Adakah emas ialah satu pelaburan yang berbaloi ?
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta ?

Banyak betul persoalan...

0 comments:

    • Categories
    • Archives