Gua

Tuesday, September 20, 2011

9/19 OHBULAN!




     
    OHBULAN!    
   
Insiden Memalukan, Lindsay Lohan Dihalau Dari Parti Marc Jacobs!
September 19, 2011 at 4:33 AM
 

Heboh di Hollywood sekarang mengenai Lindsay Lohan yang tidak dibenarkan masuk ke parti-parti ternama di Hollywood. Baru-baru ini parti yang dianjurkan oleh pihak Marc Jacobs tidak membenarkan Lindsay Lohan masuk. Situasi memalukan ini terjadi kerana rekod dan kontroversi yang dicetuskan oleh Lohan sejak kebelakangan ini.

Lindsay Lohan terpaksa menahan malu kerana tidak dibenarkan masuk, namun begitu dia tetap cuba menghubungi kawan baiknya iaitu pemilik hotel dimana parti itu dianjurkan supaya dilepaskan masuk. Namun sekuriti pergi menghampiri Lohan dan memberitahu bahawa kehadiran Lindsay Lohan tak diinginkan di situ.

Ketika diminta mengesahkan kejadian memalukan itu, pengurus Lohan memberitahu dia tidak tahu-menahu mengenai hal itu. Setakat ini, pengurusan Lindsay masih berdiam diri mengenai kejadian ini.

P/S : Tak mustahil perkara begini akan terjadi di Malaysia jika ada artis yang berperangai dan banyak bawa masalah.

   
   
Britney Spears Telah Kembali & Lancarkan Jelajah Eropah, "Femme Fatal Tour"!
September 19, 2011 at 3:12 AM
 

Kami masih ingat satu ketika dulu, ketika zaman "Ouh baby baby, I did it again!". Pasti ramai yang masih ingat kan? Tipulah kalau anda tidak pernah dengar lagu ini dicorong radio.

Britney Spears kembali dengan lebih mantap dan hebat. Setelah kejatuhannya sebelum ini secara tiba-tiba, dia kini mendaki semula mahkota yang pernah dulu dikecapinya. Pelancaran jelajah eropah pada 16 September lepas membuktikan Britney Spears, 29, masih mampu untuk menghiburkan peminatnya di seluruh dunia.

Penyanyi muda yang pernah menimbulkan banyak kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini akan memulakan siri penjelajahannya bermula dari St. Petersbug, Russia pada 22 September dan berakhir di Lisbon, Portugal pada 9 November.

Apa-apa pun, layankan lagu terbaru, "Criminal" dari Britney Spears selepas ini!

   
   
"Saya Akan Pilih Siapa Teman Wanita Anak Saya" – Pamela Anderson.
September 19, 2011 at 2:42 AM
 

Ibu mithali? Pamela Anderson, 44, berhasrat untuk memilih sendiri siapa yang layak untuk menjadi teman wanita kepada dua anak lelakinya hasil bersama bekas suami, Tommy Lee. Bekas pelakon filem "Baywatch" ini yang mempunyai 2 orang anak lelaki mengaku bahawa status jandanya menghadkan dirinya untuk mencari teman hidup baru.

Dia berkata, anak-anaknya terpengaruh dengan cara dia memilih lelaki sebagai teman hidupnya. Sebelum ini, Pamela Anderson pernah berkahwin dengan Kid Rock dan Rick Salomon dan kini dia adalah ibu tunggal. Dia lebih gemar jika anaknya berpacaran bersama wanita pilihannya.

Bertuah jika Pamela memilih yang cantik dan terbaik untuk anak lelakinya. Sesuailah kalau dipanggil ibu mithali selepas ini.

   
   
19 Keping Foto Perkahwinan Ashraf Muslim & Dayana. Cantiknya!
September 19, 2011 at 1:33 AM
 

Majlis resepsi pelakon Ashraf Muslim & pasangannya, Noor Dayana berlangsung dalam suasana meriah di kediaman pengantin perempuan di Gombak, pada hari Sabtu lepas. Sebelum ini, kedua-dua pasangan telah diijabkabulkan pada 1 Syawal di kota Mekah.

Kumpulan fotografi Jangguttouch yang ditugas merakamkan detik-detik manis perkahwinan mereka telah berkongsi 19 keping gambar untuk tatapan pembaca. Memang cantik sangat!

Semoga perkahwinan mereka berdua kekal sampai akhir hayat. Amin!

Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana
   
   
"RIM Perlu Jelaskan" – Respon Aizat Amdan Terhadap Isu AIM 18.
September 19, 2011 at 12:40 AM
 

Aizat Amdan, mendominasi Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) apabila dicalonkan dalam 6 kategori termasuklah kategori utama, Album Terbaik sempena anugerah yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November ini.

Mempertaruhkan album terbaru berjudul "Urusan Aizat Amdan", penyanyi yang pernah merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-24 pada tahun 2009 ini turut dicalonkan dalam 5 kategori lain iaitu, Rakaman Album Terbaik (Pereka Keith Yong dan Nick Lee), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Years From Now), Kulit Album Terbaik (Kasi Gegar Entertaiment Sdn Bhd), Lagu Pop Terbaik (Sungai Lui), Video Muzik Terbaik (Ahmad Farish) menerusi lagu "Susun Silang Kata".

Ketika di sesi sidang media AIM 18 yang berlangsung di Royale Chulan minggu lepas, beberapa orang wartawan mempersoalkan pendirian pihak penganjur, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) mengenai syarat-syarat penyertaan yang kurang jelas. Antara isu utama, seorang artis luar yang menjalani rakaman di Malaysia boleh tercalon, manakala artis Malaysia yang menjalani rakaman di luar Malaysia tidak boleh tercalon. Agak janggal kedengaran, bukan?

Antara artis yang mengalami nasib sedemikian adalah Zee Avi, Yuna & Datuk Siti Nurhaliza.

Berdasarkan isu yang dibentangkan di atas, OHBULAN! sempat menemubual Aizat Amdan ketika majlis Rumah Terbuka di kediaman keluarganya di Ampang, Sabtu. Jelas, penyanyi muda ini mempunyai cita-cita yang besar untuk merubah industri muzik negara.

"Saya pun tak faham sangat dengan AIM 18 ni. Macam pelik apabila artis Malaysia seperti Zee Avi tidak boleh tercalon atas alasan syarikat label bukan syarikat tempatan. Sepatutnya, pihak RIM kena jelaskan kekeliruan sebegini agar pencalonan kelihatan lebih telus. Pada pandangan saya, tak kisah kalau record di luar ke, di Malaysia ke, as long as itu adalah penyanyi Malaysia. Kalau penyanyi itu tidak tercalon pun, at least kita recognise hasil kerja mereka," ujar Aizat menjelaskan pendiriannya.

Bagaimana pun, Aizat bersyukur apabila usaha ramai pihak termasuk ahli keluarga & rakan yang membantu menjayakan album "Urusan Aizat Amdan" membuahkan hasil.

"Pencalonan ini bukan untuk saya. Sebaliknya, ia adalah penghargaan untuk orang yang berada di belakang tabir seperti ahli keluarga, rakan & lain-lain. They deserve the respect!

"Sebenarnya, saya masih terkejut apabila menerima 6 pencalonan dalam kategori berbeza. Perasaan gembira itu sudah tentu ada. Kalau boleh, saya bercita-cita nak merangkul anugerah Rakaman Album Terbaik & Kulit Album Terbaik, insyallah," tambah Aizat lagi.

   
   
Monday Music : Shila Amzah Cover Lagu Alif Satar – "Lelaki Seperti Aku", Sweet Sangat!
September 18, 2011 at 3:00 PM
 

Terbaik dan comel! Itu yang boleh kami katakan apabila mendengar lagu "Lelaki Seperti Aku" nyanyian Alif Satar dinyanyikan semula oleh Shila Amzah. Umum tahu, Naib juara program realiti "One In A Million 2″ ini memang suka menyanyikan semula lagu-lagu yang popular dengan gayanya yang tersendiri.

Kami sendiri dapat rasakan bahawa Shila Amzah semakin matang untuk membawa lagu menjadi lebih menarik. Dan vokalnya memanglah sesuai untuk diketengahkan lagi. Jangan pula hanya kekal sebagai gadis youtube sahaja.

Kali ini, Shila telah melakukan sedikit pengubahan lirik. Lagu yang sepatutnya adalah lagu untuk lelaki telah ditukar kepada lagu untuk gadis pula. Dengan sedikit rentak yang rancak, kami sendiri terpikat dengan kemerduan suara Shila ini. Layankan video "Lelaki Seperti Aku" aka Gadis Seperti Aku selepas ini!

Pastikan kamu mendengar dengan jelas pada minit 2.16, itu penggubahan yang sangatlah memukau telinga kami!

Seterusnya lagu asal nyanyian Alif Satar.

   
   
"50% Of The Crowd Can't Speak English" – Respon Nelly Terhadap Rakyat Malaysia.
September 18, 2011 at 2:59 PM
 

Apakah perasaan anda apabila seorang penyanyi bertaraf antarabangsa mengeluarkan kata-kata yang seakan memandang rendah akan kemampuan rakyat Malaysia bertutur bahasa Inggeris? Malu atau bangga?

Sebaik sahaja tamat Konsert Suara Kami yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lalu, Nelly yang dibawa khas oleh pihak penganjur telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak mengenai rakyat Malaysia.

Bukan apa, kenyataan berunsur sinis itu turut dibaca oleh peminatnya yang berjumlah 1.7 juta followers.

Sedikit sebanyak, ia memberi impak kepada orang luar yang mungkin mempunyai pandangan yang berlainan mengenai tahap bahasa orang Malaysia.

Atas komen yang dianggap kurang sensitif, ramai peminat Malaysia yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nelly. Salah seorang pemilik akaun @Patrick_Khoo memberikan respon terhadap tweet Nelly dengan berkata, "F**k u n***a. 90% of msian speaks english ok. Just u mixing with the wrong crowd."

Bagaimana pun, @adyfahrizal memaklumkan kepada Nelly bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua rakyat Malaysia. Sebaik sahaja menerima nasihat sedemikian, Nelly dengan rendah diri meminta maaf kepada peminat atas kata-katanya itu.

Konsert Suara Kami yang ditayangkan secara langsung di Tv2, Astro Ria & Astro Hitz turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendekati generasi muda.

Walaupun situasi ini dianggap kecil, pihak penganjur sewajarnya memastikan tiada lagi insiden seperti ini berlaku di masa akan datang. Apa pun, syabas buat pihak terbabit yang berjaya menganjurkan konsert sebegini hebat.

   
   
"Enjoy Berlakon Filem Raya Tak Jadi" – Syafiqa Melvin, Bekas Juara Gadis Melayu 2
September 18, 2011 at 2:57 PM
 

Mungkin ramai yang berasa asing apabila mendengar nama Syafiqa Amirol Melvin, 22. Namun, keistimewaan gadis kacukan Melayu Jepun ini tidak wajar dipandang enteng apabila pernah dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu edisi ke-2. Pernah diberi kepercayaan sebagai hos rancangan Bersamamu TV3 selama 2 musim, kini graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini mengorak langkah dalam bidang lakonan untuk filem berjudul Raya Tak Jadi yang telah mula ditayangkan pada 15 September 2011.

"Enjoy berlakon dalam filem Raya Tak Jadi, lagi-lagi apabila berpeluang berlakon dengan nama besar seperti Saiful Apek & Johan Raja Lawak," ujar Syafiqa memulakan sesi temubual.

"Dalam filem Raya Tak Jadi, saya memegang watak sebagai Mas iaitu adik kepada Shuib (Saiful Apek) & Bob (Johan Raja Lawak). Karakter yang saya pegang tidak terlalu berat, amat sesuai dengan jiwa saya. Mas merupakan seorang gadis kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi. Duduk di kampung untuk menjaga mak, pendek kata memang anak mak," kata Syafiqa yang ditemui semasa tayangan media filem Raya Tak Jadi, di The Curve, Damansara, minggu lepas.

"Sebelum ini saya aktif bergiat dengan teater. Malah, saya akan memegang watak sebagai gadis Belanda dalam teater terbaru berjudul Peminangan karya Anton Chen Chov dalam masa terdekat.

"Apabila diberi peluang untuk berlakon filem, memang saya tak tolak. Saya banyak belajar daripada Saiful Apek & Johan seperti keaslian lakonan, body language dan tengok cara mereka sesuaikan diri dengan skrip. Walaupun hanya mempunyai 11 babak dalam filem ini, saya rasa ini satu batu loncatan buat saya untuk lebih serius dalam bidang lakonan," jelas Syafiqa kepada OHBULAN!

Syafiqa turut memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia akan berlakon dalam drama berjudul Khilaf.
Syafiqa Melvin Syafiqa Melvin Syafiqa Melvin Syafiqa Melvin

   
   
Video : Pendekar Bujang Lepuk Versi 2011 Belajar Mambang
September 18, 2011 at 2:56 PM
 

"Hai mambang tanah, mambang api, mambang laut, Mambang bukan sebarang mambang, Mambang datang dari seberang, Boleh cakap lama-lama dan SMS panjang-panjang"

Ini bukannya cobaan lagi. Ini lah petua hebat Pendekar Mustar kalo nak sembang lama giler atau SMS banyak tak ingat. Ambil pensel kontot dan kertas. Kepada bujang lepuk diluar sana apa cer lagi, cepet-cepet lar cekidaut!!

Dengan DiGi Easy Prepaid Super Buddyz, macam-macam mambang boleh sembang bila dapat panggilan dan SMS PERCUMA 24 jam setiap hari. Cuma dial *128*1*3# sekarang!

   
   
Eksklusif : Video Pra Perkahwinan Nabil & Zira, Raja Lawak Menjadi Raja Sehari.
September 18, 2011 at 2:30 PM
 

Seperti yang dijanjikan dalam trailer minggu lepas, video penuh pra perkahwinan Nabil & Zira kini boleh ditonton secara eksklusif di laman OHBULAN!

Video pra perkahwinan Nabil &  Zira yang berdurasi 6:10 minit ini menjanjikan satu kelainan yang anda tidak pernah lihat dalam mana-mana perkahwinan selebriti yang lain. Bagaikan satu filem pendek, video berkonsepkan "Raja Lawak Menjadi Raja Sehari" ini membawa penonton bergelak tawa dengan gaya-gaya Nabil meminang Zira sebagai isterinya.

"Kami memang sengaja rakamkan video ini dalam versi yang santai supaya peminat turut merasai perasan Nabil yang gementar ketika meminang Zira. Lagi pun, ini memang impian Nabil yang inginkan perkahwinannya kelihatan ceria dan menyeronokkan," jelas pengurus Festival Pengantin, Reza.

Video arahan Lukman Hakim dengan bantuan krew LHMediaTv turut menitikberatkan penggunaan teknologi iPad dalam plot cerita peminangan Nabil & Zira. Kalau nak tahu apa cerita selanjutkan, kena'lah tonton video selepas ini ya!

Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv.

Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.

   
     
 
This email was sent to adamjuni1985@gmail.com.
Delivered by Feed My Inbox
PO Box 682532 Franklin, TN 37068
Create Account
Unsubscribe Here Feed My Inbox
 
     

0 comments:

    • Categories
    • Archives