Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan...

Iphone 4s Review -Bahasa-

Memang butthurt untuk sesiapa yang baru sahaja membeli iphone4 dalam tempoh sebulan 2 ni. Iphone 4 yang di gembar gemburkan sebagai next generation phone tidak lagi menjadi next generation, tetapi last generation Iphone.

Jawatan Kosong Kerajaan 2011

Bosan dengan hasil carian google yang hanya memaparkan Jawatan Kosong kerajaan tahun yang sudah sudah ? Klik di sini untuk info yang paling update...

Gambar Dari Dalam Rahim Binatang

Sesungguhnya, ciptaan Allah itu indah. Koleksi gambar dari dalam rahim yang telah di tangkap menggunakan teknologi moden ini bukti kebesarannya.

Kereta Bernombor Pendaftaran Mewah

Bila dah pakai kereta mewah, kereta mahal, mestilah di padankan dengan no plat / no pendaftaran kenderaan yang mahal. Baru la boleh mengangkat status diri ke level yang satu lagi. Ye lah, alang alang membeli

Gua

Tuesday, December 20, 2011

Berhenti Merokok

yea!!!!

2 bulan berhenti merokok.
Read More

Friday, November 11, 2011

IT Forensic - stenography

Stenography ialah sejenis cara penulisan / percakapan / pengimejan yang hanya di fahami oleh penulis itu sendiri. Senang cerita macam satu bahasa rahsia. Ingat lagi masa kecik dulu, ade satu time yang bahasa fu fu sangat popular. Contoh :

Aku "Afu Kufu kanfu sufu dahfu cafu kapfu yangfu kaufu tufu takfu henfu semfu. "

Maksud : Aku kan sudah cakap yang kau tu tak hensem.

Biase nye borak borak dengan adik beradik atau sahabat rapat.

Kalau dalam dunia siber ni, teknik digital stenography lebih popular. Pernah tengok CSI Miami / Masai ? Si officer ni akan intepret satu satu gambar dan keluarkan hidden mesej dalam gambar tu.

  
Gambar diatas mengandungi gambar lain di belakangnya dan dengan menggunakan teknik tertentu, gambar yang betul boleh di perolehi.

Gambar kucing ni ialah gambar yang telah di ekstrak dari gambar pokok di atas.

Untuk menghasilkan gambar aaa sila ke sini.

Sumber : Wiki & http://mozaiq.org
Read More

Tuesday, November 1, 2011

Kereta yang di gunakan oleh pemerintah seluruh dunia

Biasalah anak anakk muda zaman sekarang ni, baru kerja 3 bulan dah pakai kereta. Pilih yang tak nak kalah, Kalau tak Myvi lagi best, persona. Tak pun Saga Flx, takpun Viva. Byk la pulak. Yang penting mesti angkat kereta.

Teringat masa naik teksi dari KLIA pegi ampang dulu, ade pakcik ni bawak teksi supercool. Enjin kereta dia = enjin pesawat ringan. Keeta nisan ke toyota. Entah la. Baru puji puji sikit, selambe die tekan minyak. Sampai die cakap, BMW 5 series tu boleh jalan dulu. Nanti berdesup die kejar. Entah ye entah tak.

Tapi pernah terfikir tak, kalau jadi perdana menteri nanti nak pakai kereta apa ?

Proton Chansellor ? Ptuihhhh. Jangan Hipokrit !.

Indonesia : Mercedes-Benz S600 G  
France-Renault Safrane Biturbo
Finland : Mercedes-Benz S600
Monaco : lexus 600H
Japan-Toyota Century
USA-Cadillac
Austria-Audi A8
Botsvana-Bentley
Nepal-Jaguar
Read More

Pergi Memburu Di Kazakhstan

Ingat lagi beb mase sekolah rendah first time pegang senapang patah. Mase tu aktiviti memburu ni tak boleh bagitau kat orang tua,. Gile kau, tak pasal pasal kene pelangkung karang.

"Dari memburu, baek pegi belajr, boleh jadi pandai macam anak jiran sebelah." kata diorang.

Kalau dah semangat Conan yang mengalir dalam darah perwira ni, memang tak jalan la nasihat tu nasihat ni. Amik senapang, tembak je la itik itik yang ade. Baru puas hati aku. Syok beb, kadang kadang kalau itik takde, clay pon jadi la. Dapat tembak sekali sepuluh takde miss, memang macho la.

Tapi laen lak aku tengok kat kazakhstan ni, tak payah pakai senapang.

Pakai Helang tu beb !

Gile Kentanggggggg !



Uncle Akim dan Helang nya si Herman

Ready ready





Takpe lah, hujan emas di negeri orang. Perangai yang buruk jangan di kenang.

Baik aku sambung berburu lagi. Dapat la Highscore kali ni.

Read More

Gambar dari dalam rahim II

Jika sebelum ni ade post gambar dalam rahim, kali ni ade update terbaru. Siap ade penguin tu bai. alaa comel comel.






Read More

Monday, October 31, 2011

Berhenti Merokok

Siapa kata berhenti merokok adalah satu perkara yang mudah ?

Craving untuk merokok ni tersangatlah kuat beb. Entah dah berape kali aku cuba nak behenti, tapi ending dia aku berhenti untuk cuba berhenti.

Agak banyak gajet yang aku beli untuk menghapuskan ketagihan ni. Smoker Heaven. Bagi yang tak pernah cuba tu, aku nasihatkan tak payah lah.

smoker heaven
Kenapa tak payah ? Senang je, sebab merokok ni adalah satu jenis tabiat. Tabiat yang mana badan sudah biasa mendapat nikotin dan mulut biasa mendapat rokok.

Memang betul bila gua smoker heaven ni, kurang rasa nak hisap rokok betul tapi, tapi bila sampai satu tahap nanti, kita akan bosan. Sebab tak puas hisap smoker heaven ni. Feeling tak sama.

Sambung lagi nanti.
Read More

Saturday, October 29, 2011

Masihkah kau ingat - Bola Segitiga

Well construct triangle ball
Mungkin ada yang masih ingat, mungkin ada yang sudah lupa. Mungkin ada juga yang tak tahu ape kebendenya bola segi tiga ini. Sharing is caring. Lets share the love...

Permainan yang di beri nama "Bola Segitiga" ni amat sesuai di mainkan pada sesi petang / pagi sekolah agama. Kenapa sekolah agama ? Sebab cikgu biasanya akan masuk lambat ke dalam kelas untuk mengajar.

Jadi dalam 10 minit waktu menuggu itu bolehlah di gunakan untuk bermain Bola Segitiga. Ketua darjah dan penolong boleh tolong tulis nama pelajar bising di papan hitam ye. Mat Tamiya boleh tunggu longkang clear bile nak race.

Cara pembuatan agak mudah. Anda hanya perlukan sekeping kertas A4 yang di lipat lipat menjadi bentuk di bawah. Kebiasaanya sebiji Bola Segitiga ini dapat bertahan hingga kehujung tahun jika tiada aral melintang. Memang tahan.

"Padang" permainan ialah meja sekolah. Sila lihat gambar di bawah.

Contoh meja yang sesuai adalah dari jenis kayu chengal
Cara permainan sangat mudah. Para pemain harus duduk bertentangan mata antara satu sama lain. Kebiasaannya siapa yang duduk depan, akan terbalikkan kerusi menghadap belakang.

Pemain boleh menjentik Bola Segitiga sebanyak 3 kali dalam setiap pusingan. Objektifnya mudah : lihat rajah di bawah.

Ada nampak Bola tu terjuih sikit ?


Jika Bola Segitiga pemain dalam keadaan terjuih sedikit pada tepi meja, pemain yang tadi akan dapat peluang untuk menbuat rembatan penalti.

Pantang ajal sebelum berjuang. Yeah!! Pihak lawan boleh mempertahankan maruah diri dengan menyediakan goal beserta goal keeper sekali. Lihat lagi gambar kalau tak fasih / faham.

Posture tubuh dan lipatan jari yang sempurna untuk Goal Keeper dan Goal

Jika Bola Segitiga dapat menembusi Goal ini, pastinya satu markah di berikan kepada pihak penjaring.



Selamat mencuba !
Read More

Friday, October 28, 2011

Bagaimana Bakal Majikan Menapis Permohonan Pekerjaan

Ini ialah satu topik yang penting. Sila ambil perhatian. Masa berubah, zaman berubah. Zaman sekarang ni, senang HR(Human Resource) nak screen candidate yang hantar resume. Untuk mereka  yang tak sedar tu, harap harap dapat la ambil pengajaran sikit.

Read More

Saturday, October 22, 2011

Molossia : Negara Terkecil Di Dunia?

Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak (hehehe... ) dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walau mungkin tidak akan pernah terdaftar di Perikatan Bangsa-Bangsa (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara de facto.

Pemerintah Molossia

Republik Of Molossia secara geografi berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, jadi negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat. Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang ditaktor yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya di negara yang ia proklamirkan 3o tahun silam itu.

Molossian Bangsa yang didirikan pada 26 Mei 1977 . Dikenal pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein, James Spielman dinyatakan Raja James I, dan Kevin Baugh dinyatakan Perdana Menteri. Setelah tempoh singkat kegiatan sporadis bangsa memasuki masa dormansi. Raja James I, meskipun masih raja, tidak lagi menjadi aktif dalam kerajaan pada waktu itu.
 
Peta Molossia

Kerajaan terus, tanpa campurtangan Raja, dan terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 itu berganti nama menjadi Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 berganti nama XI itu lagi, kali ini sebagai Kerajaan Zaria. Kerajaan nomaden ada sebagai pemerintah, tanpa sebuah rumah. Dijalankan oleh Perdana Menteri, Pemerintah bepergian ke Eropa. Sementara di Eropa, dan setelah kembali dari Eropa pada tahun 1992 XV, Kerajaan makmur dan tumbuh dalam budaya.


Fakta:
Luas Wilayah : 14.3 acres
Date of foundation : 3 September 1999 (Saat di Nevada)
Pemimpin : Kevin Baugh (Ditaktor)
Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto)
Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and “Griko”
Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino)
Ibu Kota : Espera
Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes)
Penduduk Manusia : 3 (3 lainnya anjing


Jika anda fikir negara-negara seperti Luxembourg, Monaco atau Lichtenstein kecil, tunggu sehingga anda tahu tentang republik mikroskopik Molossia.

Ia mungkin mempunyai permukaan hanya setengah hektar dan kelihatan seperti memegang mana-mana rumah biasa di padang pasir Amerika, tetapi Molossia adalah sebuah negarayang sebenar, dengan pemimpin dan segala-galanya. Negara terkecil di dunia terletak berhampiran Dayton, Nevada dan telah diperintah selama lebih 30 tahun oleh Presiden Kevin Baugh. Mollosia mempunyai rakyat seramai 3 orang (2 anak-anak lelaki) dan turut dihuni 3 anjing.



Passport Molossia


Molossia republik terkecil di dunia, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai undang-undang. Jika anda menjejakkan kaki di atas tanah Molossian, anda perlu mempunyai pasport yang diluluskan dan dicop. Negara mikroskopik walaupun mempunyai perkhidmatan pos sendiri, mata wang (yang dibuat daripada cip poker), air botol dan hidangan nasional 

 mereka adalah doh cookie mentah.









Telefon Molossia

Tidak seperti negara-negara lain, Molossia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang mudah, tetapi dibangunkan dengan baik: tiap-tiap warganegara hanya boleh pergi ke kotak pertolongan cemas dan mendapatkan apa sahaja yang mereka perlu, secara percuma.

Kevin Baugh, bersama-sama dengan rakan datang dengan idea penubuhan micronation mereka sendiri apabila mereka remaja, selepas menonton Tetikus yang mengaum penuh semangat. Selama bertahun-tahun Baugh walaupun mengambil negaranya "lidah dalam pipi" peperangan dengan jiran Mustachian microstate, yang diperintah oleh Sultan Ali-Ali Achsenfree, dan menang.



Poskad Molossia

Molossia tidak membayar cukai Amerika dan juga mahu membangunkan sistem sendiri sistem elektrik bervisi menjadi lebih bebas.
 
Read More

Friday, October 21, 2011

Port Baik Beb



Read More

Tuesday, October 18, 2011

5 Fakta menarik IT

1. Karektor komputer termahal
Smeagol Sang Gollum, karektor dalam filem Lord of the Rings yg dibuat oleh WETA Digital dihasilkan dengan lebih 200 ekspresi wajah dan 300 gerakan otot. Ia dikatakan karektor komputer dengan kos pembikinan yg termahal pernah dibuat dalam industri filem

2. Kenapa Yahoo!
Yahoo merupakan singkatan kepada "Yet Another Hierarchical Object Organizer"


3. Bermain dgn Password

Tahukah anda:
-kata laluan 6 digit dengan kombinasi "lower case" memerlukan 10 minit utk digodam
-kata laluan 6 digit dengan kombinasi "upper case" memerlukan 10 jam utk digodam
-kata laluan 6 digit dengan kombinasi nombor dan simbol memerlukan 18 hari utk digodam
-kata laluan 9 digit dengan kombinasi nombor dan simbol memerlukan 44,530 tahun utk digodam!

4. Email Pertama
Email pertama dikembangkan pada tahun 1971 oleh Roy Tomlinson yg juga telah mengambil keputusan menggunakan @ (alias) sebagai simbol pemisah antara nama pengguna dgn domain

5. Video Youtube Terawal
Video terawal dimuat naik ke Youtube adalah me at the zoo. Sehingga sekarang video ini masih dapat disaksikan
Read More

6 apartment terpelik di dunia

1. Expo 67 – Montreal Quebec, Canada


Di ilhamkan oleh seorang yang gemarkan permainan lego sewaktu kecil, dan bila besar menjadi arkitek. Apartment ini di bina dengan menyambungkan 354 kiub solid yang di gabung gabungkan menjadi 146 buah rumah kediaman.

 
2. Nakagin Capsule Tower – Tokyo, Japan


Dibina pada tahun 1972 dan masih diguna pakai sekarang menjadi aprtment / office. Macam stack mesin basuh pun ada juga ye.


3. Turning Torso Building – Malmö, Sweden


Tahu apa itu torso ? sila wiki . Nama yang menggambarkan bangunan. Bila siap pada tahun 2005, ianya adalah bangunan yang paling tinggi di Scandinavia dan bangunan kediaman ke dua tinggi di eropah. 


4. Elephant Building – Bangkok, Thailand


Bangunan yang berbentuk ala-ala gajah ini melambangkan kepentingan gajah di Thailand. Ianya juga menggambarkan kekuasaan diraja thailand.


5. Urban Cactus High Rise – Amsterdam, Netherlands


Bangunan kediaman 19 tingkat ini boleh memuatkan 98 buah tempat kediaman pada satu satu masa. 


6. MVRDV Stackable High Rise – Rødovre, Copenhagen


Sekali lihat ianya sama seperti bangunan yang di cipta di dalam permainan "brick game". permainan yang mana tak pasti, mungkin yang 9999 in 1.
Read More

Seni kreatif dari api molotov cocktail

Seni daripada api Molotov Cocktail ini datangya daripada negara Rusia yang terkenal dengan seni inovatif dan kreatif. Teknik ini memerlukan artis menampal kanvas pada panel kayu sebelum ia dilontar dengan molotov cocktail. Ketika api sedang membakar kanvas itu, permukaan hangus yang terhasil akan menampilkan bayang-bayang dan garisan wajah-wajah askar yang terkenal.

Hasil seni yang telah siap akan digantung di dinding hospital Perang Dunia II yang terbengkalai di Yekaterinburg, Rusia. Pameran bertajuk Eternal Flame, telah menarik media dari seluruh dunia dan pujian telah diberikan di atas teknik unik dan kreatif yang digunakan bagi menghasilkan seni tersebut.








Read More

    • Categories
    • Archives