Gua

Saturday, September 17, 2011

OHBULAN!

     
    OHBULAN!    
   
Gambar Hi-Res : Pernikahan Eira Syazira & Azad Jasmin
September 17, 2011 at 1:01 AM
 

Aktres, Eira Syazira & pelakon, Azad Jasmin dengan sekali lafaz telah selamat bergelar suami isteri sekitar pukul 9, malam tadi. Majlis pernikahan kedua-dua pasangan bahagia ini berlangsung di kediaman keluarga Eira Syazira di Putrajaya.

Majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai ini telah dihiasi dengan konsep Cermin & Kristal serta diwarnai dengan tema Silver & Red White. Manakala baju persalinan Azad Jasmin & Eira Syazira ditaja & direka oleh pereka fesyen Hairi Tajuddin & Wanpa.

Majlis turut dihadiri penyampai radio terkenal, Faizal Ismail (FBI) & koreografi tarian, Adam Corrie Lee.

Bagaimanapun, majlis resepsi pasangan ideal ini akan ditunda ke bulan November dimana tarikhnya akan diumumkan kelak.

Rakan G.I Photoshoot (Like Us!) yang turut hadir bersama sempat berkongsi beberapa keping gambar hi-res majlis pernikahan Eira Syazira & Azad Jasmin untuk tatapan eksklusif pembaca OHBULAN!

Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin Gambar Nikah Eira Syazira & Azad Jasmin
   
   
Saturday Spotlight: Demascus Terbit Video Klip Dengan Kos RM600 Sahaja!
September 17, 2011 at 1:01 AM
 

Mereka adalah sebuah kumpulan muzik yang tampil dengan konsep yang berbeza. Merupakan bekas pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya ,telah muncul dan membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Demascus. Walaupun datang dari latar belakang dan citarasa muzik yang berbeza, mereka telah bersatu atas nama kumpulan pop.

Demascus yang dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Miff, Huzaifah, Iki, Amal dan Edry. Masing-masing mempunyai pelbagai latar belakang muzik yang berlainan. Miff adalah penyanyi RnB/Soul, Huzaifah cenderung kepada Country/Jazz, Iki pula ialah bekas  pop superstar di kampus, Edry bergiat aktif dalam hiphop underground, manakala Amal penyanyi bersuara pop/rock. Mereka bersatu tenaga dalam menghasilkan karya muzik dan membuat persembahan di atas pentas. Inilah yang menjadikan mereka sangat berbeza dan unik.

Demascus juga terkenal dengan idea dan karya segar dalam menyampaikan mesej yang positif beserta dengan persembahan yang bertenaga di atas pentas.4 tahun bekerja keras, kini mereka tampil dengan sebuah album penuh bertajuk "Kita Berbeza".

Album Kita Berbeza yang telah mula dipasarkan sejak awal September lalu, memuatkan 6 buah lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah  KITA BERBEZA, MENGEJAR SEMPURNA (feat. Ikram Mirwana), HADIRMU, MASIH BELUM BERAKHIR,  SELAMANYA dan HADIRMU(versi piano). Album Kita Berbeza telah mendapat sentuhan komposer dan music arranger yang hebat ,antaranya ialah AG COCO, Akmal Mirwana, JAYJAY, Belle Fattah,Firdaus Mahmud .

Keseluruhannya, lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini memberi kesegaran dan mempunyai mesej yang tersirat melalui lirik-lirik lagu yang disampaikan. Album Demascus ini diterbitkan oleh Demascus Production, di bawah pengurusan artis Arteffects International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik komposer muda dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Klip video single pertama mereka, KITA BERBEZA KINI boleh di lihat di laman youtube .Klip video KITA BERBEZA diterbitkan dan dihasilkan sendiri oleh DEMASCUS dengan bantuan beberapa orang kawan mereka. Dengan hanya kos sebanyak RM600, mereka berjaya merakamkan klip video tersebut selama sehari sahaja di 7 lokasi yang berbeza.

Segala perkembangan dan info terkini Demascus boleh diikuti di laman sesawang www.thedemascus.com , Facebook Demascus dan Twitter Demascus. Untuk tempahan album, emailkan ke admin@thedemascus.com.

   
   
Sah! Yuna Dilantik Sebagai Duta Produk Olay.
September 15, 2011 at 2:16 AM
 

Pernah dilantik sebagai duta produk Canon, nampaknya rezeki sekali lagi memihak kepada Yuna apabila dia dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit, Olay.

Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble, Ellie Xie berkata, Yuna dipilih sebagai duta jenama Olay kerana mereka merasakan penyanyi berbakat ini adalah seorang pengguna yang tahu akan kriteria & keistimewaan produk Olay.

"Yuna juga berada di dalam lingkungan umur yang tepat di mana kebanyakan wanita yang berumur sekitar 25-an adalah lebih terbuka dengan penjagaan kulit, melawan kesan penuaan. Menurut laporan Olay Beauty, 65% daripada wanita yang terlibat dalam kaji selidik telah mengalami tanda awal kesan penuaan, namun kebanyakan daripada mereka (85%) tidak menyedari kesan penuaan tersebut.

"Tambahan lagi, Yuna mencerminkan imej wanita Olay – seorang wanita yang mempunyai peribadi, yakin diri dan proaktif," ujar Ellie menerusi lampiran siaran media kepada OHBULAN!

Yuna, mengakui dia mengalami kesan penuaan apabila mencecah umur 21. Katanya, kesan lingkaran gelap bawah mata, kedutan dan tona warna yang tidak sekata mula kelihatan ketika mencecah umur tersebut.

"Kebanyakan wanita Asia teruja dengan produk pemutihan sehingga terlupa bahawa kulit memerlukan pelembab, pelindung sinar UV dan pemakanan yang sihat agar kulit tampil cantik. Dan, produk Olay Total Effects mengandungi ramuan yang mampu melawan 7 tanda penuaan dalam sebiji botol," tambah Yuna lagi.

   
   
"Bila Masa Saya Buat Statement Saya Bukan Rakyat Malaysia?" – Yunalis Zarai
September 15, 2011 at 12:38 AM
 

Sebentar tadi kami baru mengikuti perkembangan 'twitter' antara Yuna dan 'fans'nya yang tiba-tiba sahaja tercetus selepas beberapa konstroversi yang melanda "press conference" AIM 18 semalam. Dikhabarkan banyak isu yang telah disentuh seperti album Hujan tidak diterima untuk bertanding bagi kategori Album Terbaik AIM 18 kerana kehadiran Hang Dimas yang berwarganegara Indonesia.

Tidak terkecuali juga kepada penyanyi lagu "Dan Sebenarnya" ini yang turut terkena tempias konstroversi AIM 18,  seorang peminat Yuna telah menghantar 'tweet' kepada-nya,

Serentak itu, Yuna menjawab dengan pantas bahawa dia tidak pernah membuat kenyataan bahawa dia menukar kewarganegaraan. Dia yang baru sahaja selesai membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas selama 2 hari berakhir kelmarin turut berasa terkilan dengan 'statement' yang dikeluarkan oleh peminatnya,

Bagi para peminat yang keliru dengan status Yuna sekarang, kami difahamkan Yuna tidak pernah menukar warganegara. Dia masih lagi seorang warganegara Malaysia dan telah diberikan visa untuk meneruskan kariernya di luar negara.

Sedikit info, lagu Yuna iaitu, 'Penakut' & 'Gelora Jiwa' telah disenaraikan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan juga kategori Kulit Album Terbaik rekaan Zel Atif – Decorate (Yuna).

   
   
Eksklusif : Isu Kolagen Buat Pian Cecupak Terasa Seperti Diaibkan.
September 15, 2011 at 12:18 AM
 

"Dah dah lah cerita ni aku berkata benar kerana janji aku pada Allah. Ni  ada statement menjatuhkan Pian. Baca dan fikir apakah sebenarnya mereka nak pada kita? Hamba Allah ni terus menerus aibkan aku. Aku dah cakap aku silap, kenape tak beri peluang aku berubah? Aku dah tak gunakan kolagen malah aku membuangnya," demikianlah luahan hati Pian Cecupak yang memberikan respon terhadap spekulasi yang dipaparkan dalam sebuah web gosip, baru-baru ini.

Pian Cecupak turut memuat naik sekeping gambar sebagai bukti bahawa dia telah membuang kolagen, sekaligus menafikan sebarang spekulasi yang tercetus di laman gosip berkenaan.

"Ini bukti aku buang kolagen," kata Pian Cecupak di laman Facebooknya.

Tambah Pian lagi, "aku bercakap perkara benar. Sepatutnya pihak berkenaan bertanya kepada Pian, tak perlu buat andaian yang bukan-bukan. Terima kasih kepada pihak itu kerana mengaibkan aku lagi.

"Sekarang, aku tunjukkan kebenaran. Manakala, pihak itu tidak jumpa aku pun, main tulis suka hati buat andaian. Dan, aku maafkan kamu, tapi hanya Allah yang akan mengadili kalian apabila tiba masanya."

   
   
Hero Filem Lagenda Budak Setan, Farid Kamil Anjurkan Karnival "Zero Rempit"
September 14, 2011 at 11:50 PM
 

Seiring dengan populariti yang dikecapi Farid Kamil, 30, dalam filem-filem yang dibintanginya seperti "Remp-it", dia kini ingin menarik golongan belia supaya tidak terpengaruh dengan gejala merempit yang saban hari menjadi-jadi. Atas kerjasama bersama badan NGO yang berteraskan Islam, Karnival Zero Rempit dianjurkan untuk mendekati dan memahami remaja dan belia zaman sekarang.

Karnival ini akan diadakan pada hari Sabtu ini di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan tujuannya adalah untuk mengadakan acara amal supaya pelbagai aktiviti boleh diadakan dan menarik serta memberikan kesedaran kepada golongan belia.

Kami difahamkan sebelum ini, Pulau Pinang masih lagi penuh dengan mat-mat rempit berbanding Kuala Lumpur yang semakin berkurangan semenjak beberapa tahun ini. Namun begitu, Farid Kamil yang juga pelakon utama dalam filem Lagenda Budak Setan ini turut menekankan,

"Dengan penganjuran karnival ini bukan bermakna dapat mengurangkan kadar gejala ini, sebaliknya saya berpendapat setidak-tidaknya dapat mendekati mereka dan memahami apa yang ingin diperkatakan." dipetik dari akhbar tempatan.

Karnival seumpama ini buat pertama kalinya disertai oleh Farid Kamil dan dia turut mengajak belia-belia agar bermotosikal bersamanya secara aman dengan diiringi polis dan lebih teratur. Dengan cara ini, Farid Kamil berharap agar dia dapat memberikan kesedaran tentang bahaya merempit kepada penunggang motosikal yang lain.

Karnival Zero Rempit ini akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 11 malam. Selain acara bermotosikal bersama Farid Kamil, karnival amal ini turut diisi dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti lain termasuklah pertandingan motosikal tercantik,  skip bicycle drift, karaoke, Battle of The Band dan banyak lagi.

Jadi, kepada anda yang berada di Pulau Pinang, datanglah beramai-ramai ya!

   
   
"Orang Kata Saya Tiru Shaolin Soccer" – Pengarah Filem Libas.
September 14, 2011 at 11:44 PM
 

"Terharu menyaksikan produk pertama saya, iaitu filem Libas apabila ia dipancarkan pada skrin pawagam," demikian kata pengarah Jurey Rosli, kepada pihak media ketika sidang media filem Libas yang berlangsung di Wangsa Walk, malam tadi.

"Kami mengambil masa 2 tahun untuk menyiapkan filem ini kerana ia melibatkan penggunaan CGI untuk memberikan lebih impak kepada penonton. Pada mulanya, skrip filem ini hanya mengandungi 10% CGI. Atas nasihat krew, kami olahkan semula agar filem ini lebih menarik dengan adegan-adegan CGI yang penuh dramatik, " tambah Jurey Rosli yang bekerjasama dengan syarikat produksi MDAG.

Filem Libas yang akan ditayangkan pada 29 September 2011 ini turut didokong dengan penampilan selebriti popular seperti Rosyam Nor, Scha Al Yahya & Johan Raja Lawak. Filem ini secara keseluruhannya dinobatkan sebagai 'wajib tonton' kerana plot ceritanya penuh dengan adegan saspen dan tidak dijangka.

Jurey Rosli berkata, "Walaupun ini kali pertama mengarah, saya tak mahu hampakan penonton dengan penayangan cerita yang statik. Oleh sebab itu saya tampilkan Libas untuk memberikan pengalaman yang berbeza buat penonton."

"Orang kata saya tiru filem Shaolin Soccer. Mungkin, secara kebetulan konsep filem kami mempunyai persamaan. Sebaliknya, filem Libas ini memberikan penekanan kepada sukan sepak takraw yang kurang mendapat perhatian daripada remaja masa kini. Kalau boleh, saya harap filem Libas akan memberikan inspirasi kepada penonton. Semoga anak remaja kurang merempit dan lebih banyak bermain sepak takraw," ujar pengarah muda ini.

Rating OHBULAN!

OHBULAN! secara puratanya memberikan rating 8/10 kepada filem Libas. Syabas buat team produksi!

   
   
Foto Eksklusif : Teaser Cenderahati Perkahwinan Nabil & Zira.
September 14, 2011 at 10:52 PM
 

Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkemban

gan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.

Style-weddings.my (Like Us!) telah bekerjasama dengan Nabil & Zira sebagai penaja cenderahati perkahwinan di majlis perkahwinan nanti.

"Kami telah diberi amanat oleh Nabil & Festival Pengantin untuk design sesuatu yang unik, kreatif dan bersesuaian dengan majlis bertema "In Wonderland". Selepas perbincangan tempoh hari, Nabil & Zira sangat teruja dan memberi kerjasama yang baik bagi melaksanakan cenderahati perkahwinan tersebut.

Kata mereka, cenderahati perkahwinan ini sangat lain daripada yang lain dan amat sesuai dengan karakter Nabil sebagai pelawak no 1 negara," kata Nurul selaku Pengarah Urusan Style-weddings.my.

"Cenderahati perkahwinan Nabil & Zira yang kami cadangkan adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia," tambah Nurul lagi.

Apakah cenderahati Perkahwinan Nabil & Zira?

Sila postkan jawapan anda di Facebook Style Weddings seperti berikut:

"Saya pembaca OHBULAN dan ingin meneka cenderahati perkahwinan Nabil dan Zira adalah …" Pemenang akan dihubungi sehari selepas majlis perkahwinan Nabil & Zira.

   
   
Gambar : Scarlett Johansson Bogel Tersebar, FBI Diminta Cari Dalang!
September 14, 2011 at 8:55 PM
 


Umum tahu jika ada gambar separuh bogel, bogel penuh dan gambar seksi selebriti Hollywood adalah perkara biasa berlaku. Tapi bagaimana pula jika gambar bogel ini adalah milik heroin filem Iron Man 2, Scarlett Johansson yang juga seorang penyanyi telah tersebar di internet?

Beberapa gambar bogel milik aktress ini tersebar di laman web hiburan luar negara ekoran dicuri dari telefon bimbit milik Johansson oleh seorang penggodam yang masih lagi tidak dapat dikesan. Sepatutnya, gambar ini hanyalah dalam simpanan peribadi dan tidak pernah ditunjukkan pada sesiapa pun.

Dia yang tidak berpuas hati dengan situasi ini telah melaporkannya kepada polis dan meminta pertolongan FBI untuk mencari dalang penyebar gambar bogelnya. Lihat gambar selepas ini! Yeahh!

Scarlett-Johansson-Naked-Pictures Scarlett-Johansson-Naked-Pictures Scarlett Johansson Nude Photos
   
   
Trailer : The Twilight Saga, Breaking Dawn Part 1 (2011) Bakal Temui Anda Tak Lama Lagi!
September 14, 2011 at 7:51 PM
 

Laju adrenalin kami mengalir tadi apabila selesai menonton trailer filem bersiri Twilight yang terbaru. Filem yang menjadi kegilaan ramai ini dan tidak terkecuali kami sendiri akan mula ditayangkan di Hollywood pada 18 November ini. Tapi kami masih tidak dapat pastikan bila ianya akan ditayangkan di Malaysia.

Yang pastinya, filem terbaru lakonan Kristen Steward, Robert Pattinson dan Taylor Lautner ini bakal menggegarkan pawagam di seluruh dunia dengan aksi dan jalan cerita yang lebih menarik. Bella (Kristen Steward) telah berkahwin dengan Edward ( Robert Pattinson), apa akan terjadi dengan Jacob (Taylor Lautner) yang juga mencintai Bella?

Adakah Jacob akan membunuh Edward? Atau Bella akan bercinta tiga segi lagi seperti siri sebelum ini?

Nantikan filem Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 di pawagam Malaysia dan layankan trailer eksklusif untuk anda selepas ini! Yeah!

   
     
 
This email was sent to adamjuni@gmail.com.
Delivered by Feed My Inbox
PO Box 682532 Franklin, TN 37068
Create Account
Unsubscribe Here Feed My Inbox
 
     

0 comments:

    • Categories
    • Archives